OLPCorps Africa notice/ms

From OLPC

< OLPCorps Africa notice
Revision as of 06:23, 28 February 2009 by 203.106.9.123 (Talk)
(diff) ← Older revision | Current revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search
  Traducción de OLPCorps Africa notice original  
  de | en | es | fr | ms   +/- cambios  
Hello,

One Laptop Per Child Foundation [1] sedang mengusahakan satu program untuk Afrika, 
iaitu "OLPCorps Africa", mula diusulkan oleh kumpulan pelajar yang menjayakan dua 
projek kecil di Afrika semenjak tahun lalu dan telah menghasilkan projek OLPCorps 
Afrika untuk menggalakkan pelajar disetiap tempat untuk mencari dan menyumbang 
kepada projek sekolah sokongan tempatan. Dalam deraf semasa, program menyediakan 
sumber kewangan untuk kegunaan pelajar-pelajar dan laptop berorientasikan pendidikan. 
Sekumpulan kecil pelajar akan bertanggungjawab untuk memulakan perlaksanaannya di 
Afrika pada May-September 2009 dan melaporkan keputusan penggunaan wang USD10,000

Anda boleh mencari cadangan tersebut di
   http://wiki.laptop.org/go/OLPCorps_Africa

Anda boleh menyumbang idea dan komen di
   http://wiki.laptop.org/go/Talk:OLPCorps_Africa

OLPC mengambil serius perkara ini sebagai promosi dan kewangan tahun ini. Paul Commons 
dan Bryan Stuart dari Indiana University dan David Sengeh dari Harvard University telah 
mengetuai cadangan pembangunan projek.

OLPC sedang mendapatkan komen tentang halatuju projek. Ini peluang terbaik untuk semua
yang berminat dalam pendidikan sekolah rendah dan menengah di Afrika untuk membentuk
proses projek.

Dalam deraf semasa, semua pelajar universiti di seluruh dunia layak menyertai program ini.
OLPC ingin menghubungkan program ini dengan kumpulan pendidikan di Afrika. Sekiranya anda
mempunyai senarai alamat emel atau hubungan lain dengan bahagian pendidikan dan perkomputeran
di seluruh dunia, sila kongsi maklumat tersebut dengan kami.

Terima kasih.

http://laptop.org/en/vision/mission/index.shtml
http://wiki.laptop.org/go/OLPCorps_Africa
http://wiki.laptop.org/go/OLPCorps_Africa_notice
Personal tools
  • Log in
  • Login with OpenID
About OLPC
About the laptop
About the tablet
Projects
OLPC wiki
Toolbox
In other languages